Written by Erry
Assalamualaikum..Laughing
Kepada semua Raka Niaga Smart Herbs yang di hormati.
Untuk kebaikan bersama, beberapa perkara seperti di bawah ini, perlulah di ambil tindakan segaera agar sistem pengurusan syarikat dapat berfungsi dengan sempurna. Selain itu, info yang lain juga boleh dirujuk sebagai panduan.
1. SMS.
Untuk pengetahuan semua, pihak syarikat sedang di dalam usaha untuk menaik taraf sistem hebahan melalui pesanan ringkas (SMS). Adalah diharapkan agar semua Rakan Niaga dapat meletakkan no telefon yang aktif sahaja bagi memastian anda menerima segala maklumat yang bakal disampaikan. Selain itu, semakan berkenaan bonus, pertanyaan dan yg berkaita juga boleh dilakukan hanya melalui sistem tersebut.
2. DATA PERIBADI.
Sehingga kini pihak syarikat telah mengesan beberapa masalah untuk pembayaran rebet bulanan. Setelah di semak, antara masalah yang dihadapi ialah terdapatnya data Rakan Niaga yang masih belum dikemaskini, tiada no akaun, kesilapan no akaun, menggunakan akaun individu lain, no kad pengenalan dan nama yang berbeza. Sehubungan itu kami amat mengharapkan agar semua Rakan Niaga dapat menyemak dan mengemaskini akaun masing-masing. Bagi memantapkan lagi sistem, pihak kami telah menambah satu lagi ruang untuk no kad pengenalan pemilik akaun bank (PAYEE IC). Pihak bank hanya akan menyemak kesamaan pada no akaun dan juga no kad pengenalan pemiliknya bagi mereka melunaskan segala bayaran Rebet tersebut.
Untuk makluman, bagi tujuan pembayaran rebet tersebut, semua data peribadi akan mula di kumpulkan pada setiap 29hb. setiap bulan. Rebet Bulanan yang melebihi RM100 (bagi setiap ID bukan terkumpul) sahaja yang akan diproses. Jika terdapat data yang tidak lengkap atau adanya kesilapan, data tersebut tidak akan dapat dikumpulkan atau diproses dengan jayanya. Jika ini berlaku, maka bayaran rebet bulanan tersebut tidak akan dapat dikeluarkan mengikut pada tarikh yang ditetapkan malah bayarannya akan tertangguh sehingga ke bulan berikutnya. Perkara ini juga akan berlaku jika rakan niaga tersebut membuat pindaan selepas dari tarikh 28hb. pada bulan semasa.
3. VIDEO CONFERENCE.
Kepada semua Pengurus-Pengurus Negeri (State Manager) dan Stokis Negeri, harap dapat menyediakan diri masing-masing dengan "Video Conference" agar mesyuarat secara jarak jauh dapat dilaksanakan dengan kadar segera. Tuan di galakkan untuk menggunakan software "SKYPE" yang boleh didapati melalui internet secara percuma. Sebarang pertanyaan bolehah berhubung terus dengan saya dan jadual mesyuarat akan di maklumkan melalui web.
4. SUPPORT CENTER.
Jika adanya terdapat apa jua masalah (pelbagai issu), Rakan Niaga adalah digalakkan untuk memasukkan komen pada ruangan "Support Center" bagi memudahkan pihak kami memantau, menyemak dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya dengan kadar segera. Phak sokongan Pengurusan syarikat akan sentiasa memastikan setiap Rakan Niaga mendapat layanan yang sewajarnya dan berada pada tahap keceriaan yang semaksimum mungkin dalam menjalinkan kerjasama perniagaan bersama kami. Segala komen, teguran dan cadangan yang membina, adalah amat di alu-alukan dan amat kami hargai. "Support Center" ini akan berfungsi secara 7/24 dan akan di jawab dalam masa 24 jam pada hari bekerja. Jika selepas tempoh tersebut masih lagi tiada sebarang jawapan, Rakan Niaga bolehlah terus mengutus masej melalui SMS ke talian saya, untuk tindakan susulan.
5. PASARAN INDONESIA.
Pasaran ke Indonesia kini telah pun bermula. Sehingga kini, 2 kali penghantaran telah berjaya dibuat dengan jumlah melebihi 25,000 unit. Bagi Rakan Niaga yang ingin turut serta dalam mengembangkan sayap perniagaan ke negara sahabat tersebut, bolehlah hubungi saya, Cikgu Nik Razizi (016-687.4978) atau En. Samsudin (014-273.6906) untuk mendapatkan keterangan lanjut. Untuk membuka rangkaian perniagaan di sana, Rakan Niaga yang berminat hendaklah mendaftarkan diri terlebih dahulu sebagai Rakan Niaga Smart Herbs Indonesia. Pendaftaran boleh dibuat di HQ Senawang, secara on-line. Untuk rujukan awal, sila layari laman sesawang rasmi syarikat: www.smartchampion.com
Kerjasaama dari semua pihak, terlebih dahulu kami ucapkan ribuan terima kasih jua.
Marilah bersatu, lakukan dengan ikhlas dan hanya keranaNya. Perjuangan ini masih jauh dan peranan individu menjalankan tanggung jawab masing-masing dalam menjalinkan silaturahim, berkasih sayang dan kesanggupan untuk berjihad demi menigkatkan ekonomi diri, keluarga dan ummah, adalah kunci kepada kejayaan kita bersama. Ikatlah hati dengan KalimahNya, berusaha, berdoa dan bertawakallah demi mencipta satu reformasi kejayaan yang hakiki di dunia menuju akhirat. Satu kesinambungan yang mesti diteruskan...
Semoga Allah memberkati segala usaha dan amal kita..
Harap maklum dan semoga terus berjaya.
Erry Hairani Bin Hj Mohamad Nasir.
CEO Personal Assistant / IT Eksekutif
+6019-745.2008 / +6010-707.6679
p/s: Pihak kami ingin mengambil kesempatan, memohon jutaan kemaafan jika terdapatnya sebarang masalah di mana-mana. Sehingga kini pihak kami sedang dan telah melakukan pelbagai usaha untuk memastikan segala masalah yang timbul, dapat di atasi dengan segera. Kami masih baru dalam arena ini dan sokongan padu dari Rakan Niaga memang amat diperlukan. Segala pengorbanan dan usaha yang tidak pernah mengenal jemu serta sikap yang tidak mengaku kalah, adalah amat kami hargai. Kejayaan pasti menjadi milik anda.